D&H Enterprise adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan dengan rasminya pada 30 April 1999 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan No. Pendaftaran Syarikat ialah 1185055-X. Syarikat ini adalah syarikat berteraskan perkhidmatan , pembinaan , pembekal , pengubahsuaian , pembersihan dan cenderamata untuk pelbagai majlis yang berdaftar dengan Pendaftaran Perniagaan , Kementerian Kewangan ( Kelas Kepala ) , Kementerian Kewangan ( Taraf Bumiputera ) , Pusat Khidmat Kontraktor ( Kelas “F” ) , berdaftar dengan CIDB dan Ahli Alumni Universiti Putra Malaysia. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan seperti membekal alat tulis , bahan bacaan , kelengkapan pejabat , permaidani , cenderamata , bahan binaan , perkakasan elektrik , alat keselamatan jalan raya , pakaian berjahit , pembekalan makanan mentah, kering & basah , alatan marin , makanan bermasak Islam , cuci bangunan , pembersihan kawasan , kenderaan , angkat & angkut sampah , hiasan bangunan , hiasan jalan dan kawasan , kelengkapan makmal , alat perhubungan & komunikasi , alatan & kelengkapan perubatan , perkakas perubatan pakai buang , kelengkapan & kemudahan awam , sasaran mesin & kelengkapan bengkel , alat semboyan perhubungan & penyiaran , fotografi & alatan kamera & tempat letak kereta , PA sistem dan alatan lampu & kelengkapan.
Matlamat
penubuhan D&H Enterprise adalah bagi memenuhi keperluan dan
permintaan terhadap perkhidmatan , pengubahsuaian , pembekalan dan
pembinaan di samping membuka peluang–peluang pekerjaan dan perniagaan
di dalam menyahut seruan kerajaan ke arah melahirkan lebih ramai
usahawan yang berjaya dan berstatuskan bumiputera.
Kakitangan
D&H Enterprise adalah terdiri daripada pekerja–pekerja yang
berkelayakan, berpengalaman dan berkemahiran di bidang–bidang
penkhususan yang tertentu bagi menjana tenaga kerja dan buah fikiran
yang kreatif, canggih, anggun dan berdaya maju. D&H Enterprise
sentiasa berusaha untuk memperluaskan dan menambahkan jenis–jenis
perkhidmatan , pengubahsuaian , pembinaan dan pembekalan dari masa ke
semasa ke arah syarikat yang berdaya maju dan berdaya saing.
|